Bacaan Al-Fatihah.
Selawat
ke atas Nabi Muhammad SAW.
.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
،اَلْحَمْدُللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
،وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
.وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya
Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunkanlah
dosa-dosa kami. Berikanlah Taufik dan Hidayah kepada jiwa-jiwa kami dan orang
yang kami sayangi.
Ya
Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi.
Janganlah
Kamu memalingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan
berikanlah kami rahmat-Mu Yang Besar.
Ya
Allah, sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu dan ingin
mencari keredhaan-Mu. Wahai Tuhan kami, kayakanlah kami dengan ilmu, hiasilah
kami dengan ketenangan jiwa, muliakanlah kami dengan takwa dan elokkanlah kami
dengan akhlak yang baik.
Ya
Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat
kepada mempelai ini, (NAMA
MEMPELAI LELAKI) dan (NAMA MEMPELAI WANITA).
Kurniakanlah
mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di
akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Ya
Allah Ya Tuhan kami,
Kuniakan
rahmat kepada pasangan mempelai ini agar ikatan suami isteri mereka kekal
abadi, aman damai berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan
rezeki dan dilanjutkan usia serta mendapat syafaat daripada junjungan besar,
Nabi Muhammad SAW.
Ya
Allah, satukanlah hati mempelai ini seperti engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti
Khadijah. Semoga Allah memberkati pasangan mempelai ini dan mengumpulkan
mempelai ini, (NAMA
MEMPELAI LELAKI) dan (NAMA MEMPELAI WANITA) di dalam
kebaikan.
،رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً
،وَفىِ الْأَخِرَةِ حَسَنَةً
،وَقِنَا عَذَابَ النَّار
،سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
،وَسَّلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ
.وَالْحَمْدُللهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ